Friday, 12 June 2015

Siti Bidasari di pungut saudagar kaya (Syair Bidasari bag 4)

Tersebut pula suatu perkataan
seroang saudagar dengan kekayaan
limpah harta dengan kemulyaan
sentiasa dengan kesukaan

Di dalam negeri Inderapura
kayanya tidak lagi berdua
hamba dan sahaya muda dan tua
berbagai jenis Keling dan Jawa

Empat orang isterinya ada
berpuluh gundik anom dan muda
terlalu muskil di dalam dada
seorang putera seorangpun tiada

Dengan kodrat seribu ilahi
kepada siang pagi pagi hari
turunlah saudagar laki isteri
ke tepi sungai keduanya berdiri

Didengar saudagar Lela Jauhari
Budak menangis bunyi suara
merdu seperti bangsi segara
di dalam perahu tengah negara

Setelah nyata suaranya bakahari
dua laki isteri pergi mencahari
dipandang ke kanan toleh ke kiri
masuk perahu dua laki isteri

Dilihatnya ada budak seorang
parasnya elok gilang gemilang
saudagar pun suka bukan kepalang
seperti mendapat bulan mengambang

Saudagar berkata laki isteri
anak siapa gerangan ini
orang yang mulya datang kesini
maka selaku sedandan begini

Sukacita bukan kepalang
tidaklah lepas mata memandang
gemar dan kasih tidak timbang
disambut lalu dibawa pulang

Terlalu suka berloh anakanda
dihimunkan sahayua tua dan muda
empat orang dijadikan inangda
dualapan orang dijadikan kanda

Anakanda diletakan di atas geta
di dalam kerikal tatah permata
inang pengasuh sempurna tahta
dipasangkan kandil dian pelita

Hati saudagar laki isteri
kasihnya seperti anak sendiri
parasnya seperti bidadari
dinamakan Siti Bidasari

Dibuatnya pula seekor ikan
diiambilnya semangat ditaruhkan
dicembul emas direndamkan
di dalam peti dimasukkan

Diperbuatnya pula sebuah taman
pelbagai jenis tanam tanaman
bersambutan balai dengan halaman
jambangan beratruan terlalu iman

Diikatnya batu pancalogam
diselangnya dengan pusparagam
pasir permata tabungnya nilam
peti ditaruh di dalam kolam

Makan minum tidak berhetni
bermain wayang joget surati
keempat isterinya bersuka hati
sekaliannya membela anakanda Siti

Beberapa banyak pakaian ditempa
dokoh paduka berbagai rupa
beratus jenis tidak serupa
tajuk dan sunting bergerak gempa

Daripada sehari kepada sehari
dipeliharakan saudagar laki isteri
cerdiklah Siti Bidasari
parasnya elok tidak terperi

Berpatutan dengan subang dan gelang
tidaklah jemu mata memandang
putih kuning wajah gemilang
panjang nipis lehernya jenjang

Cantik manis tidak bertara
parasnya seperti bidadari Indera
laki isteri saudagar memelihara
sedikit tidak diberi cedera

Penuh pakaian tidak terbawa
seperti puteri di benua Jawa
di dalam negera Inderapura
tidaklah ada bandingnya dua

terhentilah perkataan Bidasari
anak Raja Kembayat di sebuah negeri
didapat saudagar Laela Jauhari
dipeliharakan dua laki isteri

Lanjut ke Syair Bidasari 5: Negeri Inderapura

0 komentar:

 

Cerita dan Legenda Rakyat Dunia © 2008. Design By: SkinCorner

Wilujeng Sumping

Selamat datang di blog saya, warnanya ceria seceria kisah yang akan disajikan :D "Dalam setiap kisah selalu terselip pelajaran hidup yang berharga"
Flag Counter