Showing posts with label Hikayat Melayu. Show all posts
Showing posts with label Hikayat Melayu. Show all posts

Friday, 11 February 2022

Syair Bidasari bab 9: Putri Lela Sari cemburu dan iri

22-23

Terlalu sakit hati puteri
Dayang memuji Bidasari
Hatinya geram tidak terperi
fikir yang jahat juga digemari

Puteri mendengar seraya berkata
terlalu marah di dalam cita
janganlah aku memandang mata
mendengar kabar pun hatiku menta

Dimana lagi yang kamu tiliki
daripada rupaku terlebih molek 
sembah dayang petah cerdik
lain dari itu tidak yang cantik

Wednesday, 19 August 2015

Syair Bidasari 8 : Siti Bidasari membeli kipas Puteri


Segala pakaian semuanya ada
hanyalah kipas juga tiada
pergilah secara ayuhai Kanda
mintakan emas kepada Bunda

Kanda bangkit pergi berlari
mengadap saudagar dua laki isteri
serta mengangkat sepuluh jari
sahaya disuruh anakanda ke mari

Sunday, 26 July 2015

Syair Bidasari bagian 7 : Dayang menjual Kipas Emas ke Siti Bidasari


Dayang berkata sama sendiri
orang ini kaya tidak terperi
terlebih kaya dari pada menteri
riuh permainan tepuk dan tari

Dayang keempat seraya berkata
ayuhai encik di dalam kota
maukah tuan membeli harta
jualan puteri indah semata

Tuesday, 21 July 2015

Kisah Siti Bidasari 6 : Puteri Lela Sari Mencari Wanita Paling Cantik untuk dibunuh


Jikalau Baginda beristeri pula
disanalah kasih mabuk dan gila
kepada orang muda lena
hancur hatiku tidak berkala

Tidaklah tidur tuan puteri
keluh kesah seorang diri
fajar menyingsing seorang diri
bangun baginda dua laki isteri

Thursday, 18 June 2015

Legenda Si Pahit Lidah 4 : Serunting Sakti berkelahi dengan Rie Tabing

Cendawan tumbuh tak kelihatan
tinggal sebagai kayu di hutan
Tabing kecewa bukan buatan
bagai hilang rasa ingatan

Adapun Serunting muda berbakti
pagi bangun kebun dilihati
sangat terperanjat di dalam hati
kayu pembatas hilanglah pasti

Kisah Si Pahit Lidah 3: Rie Tabing iri hati pada Serunting Sakti

Demikian Serunting lela bangsawan
hanya seorang adik perempuan
dalam dunia dua sekawan
suami Sitti Tabing bangsawan

Serunting itu tempat tinggalnya
jauh terpisah dari adiknya
di Padang Langgar letak rumahnya
rimba dan padang membatasinya

Wednesday, 17 June 2015

Hikayat Melayu Siti Bidasari : Negeri Inderapura ; Syair Bidasari bag.5


Sebermula suatu peri
Sulatan berasa turus negeri
asal baginda raja yang bahari
di Inderapura nama negeri

Bernama Sultan Inderasyahperi
menaklukan raja dewa dan peri
negerinya ramai tidak terperi
segenap kampung tepuk dan tari

Friday, 12 June 2015

Siti Bidasari di pungut saudagar kaya (Syair Bidasari bag 4)

Tersebut pula suatu perkataan
seroang saudagar dengan kekayaan
limpah harta dengan kemulyaan
sentiasa dengan kesukaan

Di dalam negeri Inderapura
kayanya tidak lagi berdua
hamba dan sahaya muda dan tua
berbagai jenis Keling dan Jawa

Empat orang isterinya ada
berpuluh gundik anom dan muda
terlalu muskil di dalam dada
seorang putera seorangpun tiada

Dengan kodrat seribu ilahi
kepada siang pagi pagi hari
turunlah saudagar laki isteri
ke tepi sungai keduanya berdiri

Didengar saudagar Lela Jauhari
Budak menangis bunyi suara
merdu seperti bangsi segara
di dalam perahu tengah negara

Setelah nyata suaranya bakahari
dua laki isteri pergi mencahari
dipandang ke kanan toleh ke kiri
masuk perahu dua laki isteri

Dilihatnya ada budak seorang
parasnya elok gilang gemilang
saudagar pun suka bukan kepalang
seperti mendapat bulan mengambang

Saudagar berkata laki isteri
anak siapa gerangan ini
orang yang mulya datang kesini
maka selaku sedandan begini

Sukacita bukan kepalang
tidaklah lepas mata memandang
gemar dan kasih tidak timbang
disambut lalu dibawa pulang

Terlalu suka berloh anakanda
dihimunkan sahayua tua dan muda
empat orang dijadikan inangda
dualapan orang dijadikan kanda

Anakanda diletakan di atas geta
di dalam kerikal tatah permata
inang pengasuh sempurna tahta
dipasangkan kandil dian pelita

Hati saudagar laki isteri
kasihnya seperti anak sendiri
parasnya seperti bidadari
dinamakan Siti Bidasari

Dibuatnya pula seekor ikan
diiambilnya semangat ditaruhkan
dicembul emas direndamkan
di dalam peti dimasukkan

Diperbuatnya pula sebuah taman
pelbagai jenis tanam tanaman
bersambutan balai dengan halaman
jambangan beratruan terlalu iman

Diikatnya batu pancalogam
diselangnya dengan pusparagam
pasir permata tabungnya nilam
peti ditaruh di dalam kolam

Makan minum tidak berhetni
bermain wayang joget surati
keempat isterinya bersuka hati
sekaliannya membela anakanda Siti

Beberapa banyak pakaian ditempa
dokoh paduka berbagai rupa
beratus jenis tidak serupa
tajuk dan sunting bergerak gempa

Daripada sehari kepada sehari
dipeliharakan saudagar laki isteri
cerdiklah Siti Bidasari
parasnya elok tidak terperi

Berpatutan dengan subang dan gelang
tidaklah jemu mata memandang
putih kuning wajah gemilang
panjang nipis lehernya jenjang

Cantik manis tidak bertara
parasnya seperti bidadari Indera
laki isteri saudagar memelihara
sedikit tidak diberi cedera

Penuh pakaian tidak terbawa
seperti puteri di benua Jawa
di dalam negera Inderapura
tidaklah ada bandingnya dua

terhentilah perkataan Bidasari
anak Raja Kembayat di sebuah negeri
didapat saudagar Laela Jauhari
dipeliharakan dua laki isteri

Lanjut ke Syair Bidasari 5: Negeri Inderapura

Friday, 5 June 2015

Dewi Bidasari Di Buang Ayahnya, Raja Kembayat (Syair Bidasari bag 3)

Setelah sudah mandi bersuci
disambut anakanda disusui
kasih dan sayang tidak terperi
Puteri nan hendak ditinggali

Laki isteri bercinta gundah
memandang anakanda paras yang indah
Baginda menangis seraya bermadah
hendak dibawa bukannya mudah

dialaskan kain berpekanakan emas
diselimutkan dengan cawal kemas
memandang anakanda hatinya lemas
rasanya harap terlalu cemas

setelah hampirkan siang
hatinya belas terlalu sayang
diselimutkan kain intan di karang
manikam merah kemala diselang

ditaruhkan kendi di sisi anakanda
berbagai pakaian isinya ada
dinar dan intan emas bertatah
kendi-kendi kemala ditinggalkan Baginda

Dipeluk dicium seraya berkata
berhamburan dengan airnya mata
ayuhai emas putera juita
dipelihara oleh Tuhan semesta

lalu menangis puteri bangsawan
diletakan anakanda pilu dan rawan
kur semangat anakku tuan
semoga didapat orang bangsawan

Baginda menyapu airnya mata
memandang isterinya seraya berkata
ayuhai Adinda marilah kita
fajar menyingsing terangkan nyata

Segera berjalan laki isteri
hendak lekas ke luar negeri
tidak memandang kanan dan kiri
ke dalam hutan membawa diri

bersambung ke Dewi Bidasari di Pungut Laela Jauhari

Syair Bidasari (Hikayat Melayu) bag. 2


Dua bulan dura dan masa
lemahlah badan letih dan lesah
berbagai Baginda melihat termasa
sampailah kepada suatu desa

Sesat kampung seorang saudagar
jalannya sulit terlalu sukar
berhenti Baginda di luar pagar
heran tercengang duduk bersandar

Negeri mana gerangan ini
kampung siapa pula begini
hendak masuk tidak berani
baiklah kita duduk di sini

Tuesday, 2 June 2015

Kisah Siti Bidasari (Syair Bidasari), hikayat Melayu


Syair Bidasari

Oleh : Tuti Munawar (Ass Kurator Pernaskahan Museum Pusat Jakarta) 

Dep P &  K




Bismillah itu permulaan kalam
dengan nama Allah Khalikul Alam
melimpahkan rahmat siang dan malam
pada segala mukmin dan Islam

 

Cerita dan Legenda Rakyat Dunia © 2008. Design By: SkinCorner

Wilujeng Sumping

Selamat datang di blog saya, warnanya ceria seceria kisah yang akan disajikan :D "Dalam setiap kisah selalu terselip pelajaran hidup yang berharga"
Flag Counter